SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MAAHAD DARUL QURAN, RUSILA, TERENGGANU DARUL IMAN

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN TILAWAH (ATAS TALIAN)

KEPADA SEMUA CALON PEMOHON BAGI ALIRAN TAHFIZ SAHAJA, SILA KLIK PERKATAAN (SEMAK DI SINI) YANG BERADA DI BAWAH UNTUK BUAT SEMAKAN KELAYAKAN PANGGILAN UJIAN TILAWAH CALON TAHFIZ:

SEMAK DI SINI

LAGI

PIAGAM TAKWIM PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MDQ SESI 2027

PIAGAM TAKWIM PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU MAAHAD DARUL QURAN,
MASJID RUSILA BAGI TAHUN 2027 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

 

LANGKAH 1: ISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Semua permohonan, WAJIB menjalani proses temuduga.
Borang yang diisi BOLEH DIKEMASKINI selagimana tarikh tutup permohonan belum ditutup

LANGKAH 2: SEMAKAN UJIAN SARINGAN TILAWAH

Semua calon yang memohon Aliran Tahfiz, WAJIB menjalani proses saringan tilawah.
Semakan hendaklah dilakukan pada tarikh tertera

LANGKAH 3: UJIAN SARINGAN TILAWAH

Semua calon yang memohon Aliran Tahfiz, WAJIB menjalani proses ujian saringan tilawah ini.
Sila sertai kumpulan Ujian Saringan Tilawah akan diadakan melalui kaedah atas talian
Keadah pelakasanaan seperti berikut:
> Semua ibu bapa & penjaga calon yang memohon aliran Tahfiz dikehendaki menyertai kumpulan aplikasi WhatsApp dengan klik di sini untuk mendapat maklumat dan arahan selanjutnya
> Calon akan dihubungi oleh Muraqib (Guru Tahfiz) yang bertugas bagi pelaksanaan Ujian Saringan Tilawah ini
Calon hendaklah menepati tarikh dan masa yang telah ditetapkan

LANGKAH 4: SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA

Sila CETAK dokumen-dokumen di bawah dan HANTAR bersama pada tempoh hari yang ditetapkan (di dalam slip Panggilan Temuduga).
Kegagalan menyerahkan dokumen-dokumen yang dikehendaki boleh menyebabkan calon tidak dibenarkan masuk ke Bilik Temuduga serta Terbatal Dengan Sendirinya.


[ ] 1. Slip PANGGILAN TEMUDUGA INI

[ ] 2. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)

[ ] 3. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)

[ ] 4. Salinan Sijil Khatam Bacaan 30 Juzuk Al-Quran (pilihan)

[ ] 5. Salinan Keputusan UPSRI 2025 (bagi murid darjah 6 Madrasah DAR sesi 2026)

[ ] 6. Salinan keputusan Percubaan UPSRI 2026 (bagi murid darjah 5 Madrasah DAR sesi 2026)

[ ] 7. Salinan Keputusan UPKK 2025 (bagi murid darjah 6 sesi 2026 sahaja)

[ ] 8. Salinan Laporan Pentaksiran Murid (Pemohon Tingkatan 1 sahaja) -jika ada & berkaitan)

[ ] 9. Salinan Laporan Penilaian dan Pentaksiran Murid / Pelajar Tahun sesi 2026, (pilihan)

[ ] 10. Salinan lain-lain Keputusan Peperiksaan terakhir sesi 2026 (pilihan)

[ ] 11. Surat Pengesahan sebagai Murid / Pelajar dari institusi pendidikan sekarang sesi 2026 (sekolah sekarang)
> Dikeluarkan oleh pihak Institusi Pendidikan / Sekolah
> Tertera Maklumat Pemohon seperti berikut: Nama, No. MyKad, Tahap, Kelas, ulasan pengesahan & cop pengesahan sekolah

[ ] 12. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

Sila buat semakan dan tandakan [ √ ] pada ruang yang disediakan

 

LANGKAH 5: HARI TEMUDUGA

SILA HANTAR DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISEBUT DI ATAS PADA BUTIRAN BERIKUT:
Tarikh Temuduga : SILA RUJUK BUTIRAN YANG TERTERA DALAM SLIP PANGGILAN TEMUDUGA

Sila serah Slip PANGGILAN TEMUDUGA & salinan dokumen
Proses ini wajib dilakukan. Jika tidak berbuat demikian maka proses temuduga TIDAK akan dibenarkan kepada calon temuduga walaupun telah mendaftar online
Berikut adalah Piagam Hari Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu MDQ Tahun 2027:

 

 

LANGKAH 6: SEMAKAN TAWARAN
(Sila muat turun, cetak & serah pada hari pendaftaran )

Slip TERIMA TAWARAN Kemasukan Pelajar Baharu Tahun 2027
Surat Aku Janji (mengikut Aliran)
Bayaran Yuran 2027 (mengikut Aliran dan Tahap)
Senarai keperluan dan syarat Kemasukan Pelajar

LANGKAH 7: TEMPOH RAYUAN

Ambil perhatian bagi pelajar TIDAK LULUS Temuduga:
a) Anda boleh membuat rayuan dengan hanya menekan BUTANG RAYUAN
b) Rayuan hanya dibuka atas talian sebagaimana pada tempoh tarikh tertera

LANGKAH 8: SEMAKAN RAYUAN

Keputusan diumumkan muktamad dan tiada lagi dibuka rayuan kedua samada online, bertulis dan sebagainya
Jika status TAWARAN sila lihat arahan bermula pada STEP 4

LANGKAH 9: BAYARAN PENDAFTARAN KEMASUKAN

Akan dimaklum kemudian

LANGKAH 10: PENDAFTARAN KEMASUKAN

Sila serah Slip TERIMA TAWARAN & Surat Aku Janji
Pastikan buat bayaran yuran dan mendapat resit rasmi MDQ setelah membuat sebarang bayaran

LAGI



Image Banner