https://my21.awfatech.com/mdq/content/news/newsf1_PDQ002_1727771333.jpg

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU MDQ SESI 2025 -KINI DIBUKA

1 OKTOBER 2024

JABATAN PENDAFTARAN PELAJAR DAN IT, MAAHAD DARUL QURAN MASJID RUSILA, HARI INI MENYATAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2025 KINI DIBUKA. PERMOHONAN KEMASUKAN UNTUK SESI 2025 BOLEH DIPOHON MULAI HARI INI (01 OKTOBER 2024) SEHINGGA TARIKH AKHIR PADA 30 NOVEMBER 2024, (SUMBER PENDAFTAR MDQ).

SESIAPA YANG MEMPUNYAI ANAK BERUMUR 12 TAHUN (2024), BOLEH MEMOHON UNTUK KEMASUKAN TINGKATAN 1 SESI 2025 MULAI SEKARANG. BAGI YANG INGIN MEMOHON KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2025 UNTUK LAIN-LAIN TINGKATAN (TERTAKLUK PADA SYARAT) JUGA BOLEH DILAKUKAN PADA TEMPOH TARIKH YANG DIIKLANKAN.

SESI 2025, SEPERTI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN LALU, ALIRAN THANAWIYAH JUGA TIDAK DIBUKA.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERANA MEMILIH MDQ SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ANAK-ANAK DEMI MASA DEPAN ISLAM DAN UMMAH. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEH LIHAT MAKLUMAT DI BAWAH.

 

 ---------------------------------------------------------------------

   >>>PEMOHON HANYA BOLEH MEMILIH SATU ALIRAN SAHAJA<<<     

ELAKKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK

 

  • SILA KLIK BUTANG ALIRAN YANG DIKEHENDAKI DI BAWAH & BACA DENGAN TELITI TERLEBIH DAHULU SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON.
  • PASTIKAN PILIHAN ANDA TEPAT DAN BETUL BERDASARKAN SYARAT TERTERA.

BERIKUT PENGETAHUAN RINGKAS UNTUK PEMOHON PELAJAR BAHARU SESI 2025 TENTANG ALIRAN:

1. ALIRAN IDADIAH DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SESI 2025 (UMUR SELAYAKNYA)
    >> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
    >> KURIKULUM PENGAJIAN AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH



2. ALIRAN TAHFIZ DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SAHAJA SESI 2025 (UMUR SELAYAKNYA)
    >> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
    >> KURIKULUM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN, AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH


  • PERMOHONAN HANYA MENGISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA
  • DIBUKA UNTUK DAFTAR (ISI BORANG PERMOHONAN PELAJAR BAHARU MDQ SESI 2025) MULAI   01 OKTOBER 2024  
  • TARIKH AKHIR PERMOHONAN DIBUKA PADA   30 NOVEMBER 2024  

 

LAGI
https://my21.awfatech.com/mdq/content/news/newsf1_PDQ002_1727766213.jpg

JADUAL PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MDQ SESI 2025

PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU MAAHAD DARUL QURAN, MASJID RUSILA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2025 KINI TELAH DIBUKA.

MAKLUMAN JADUAL PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MAAHAD DARUL QURAN, RUSILA BAGI KEMASUKAN SESI 2025 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

&NBSP;

&NBSP;

STEP 1 ISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

  • SEMUA PERMOHONAN,&NBSP;WAJIB MENJALANI PROSES TEMUDUGA.
  • BORANG YANG DIISI BOLEH DIKEMASKINI SELAGIMANA TARIKH TUTUP PERMOHONAN BELUM DITUTUP

&NBSP;

STEP 2 SEMAKAN&NBSP;PANGGILAN TEMUDUGA

  • SILA CETAK DOKUMEN-DOKUMEN DI BAWAH DAN&NBSP;HANTAR BERSAMA&NBSP;PADA TEMPOH&NBSP;HARI YANG DITETAPKAN (DI DALAM SLIP PANGGILAN TEMUDUGA).&NBSP;
  • KEGAGALAN MENYERAHKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BOLEH MENYEBABKAN&NBSP;CALON TIDAK DIBENARKAN MASUK KE BILIK TEMUDUGA&NBSP; SERTA TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.



    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 1. SLIP PANGGILAN TEMUDUGA INI

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 2.&NBSP;SALINAN SIJIL KELAHIRAN / SURAT BERANAK PEMOHON (PELAJAR BAHARU)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 3.&NBSP;SALINAN KAD PENGENALAN MYKAD / MYKID PEMOHON (PELAJAR BAHARU)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 4.&NBSP;SALINAN KEPUTUSAN UPSRI 2023 (BAGI MURID DARJAH 6 MADRASAH DAR SESI 2024-2025)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 5.&NBSP;SALINAN KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSRI 2024 (BAGI MURID DARJAH 5 MADRASAH DAR SESI 2024-2025)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 6.&NBSP;SALINAN KEPUTUSAN UPKK 2023 (BAGI MURID DARJAH 6 SESI 2024-2025 SAHAJA)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 7.&NBSP;SALINAN LAPORAN PENTAKSIRAN MURID (PEMOHON TINGKATAN 1 SAHAJA) -JIKA ADA & BERKAITAN)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 8. SALINAN LAPORAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MURID / PELAJAR TAHUN SESI 2024-2025, (JIKA ADA)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 9.&NBSP;SALINAN LAIN-LAIN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TERAKHIR SESI 2024- 2025 (JIKA ADA)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 10.&NBSP;SURAT PENGESAHAN SEBAGAI MURID / PELAJAR DARI INSTITUSI PENDIDIKAN SEKARANG SESI 2024-2025(SEKOLAH SEKARANG) DIKELUARKAN OLEH PIHAK INSTITUSI PENDIDIKAN/ SEKOLAH TERTERA MAKLUMAT PEMOHON SEPERTI BERIKUT: NAMA, NO. MYKAD, TAHAP, KELAS, ULASAN PENGESAHAN & COP PENGESAHAN SEKOLAH

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 11.&NBSP;SALINAN SURAT / SIJIL BERHENTI SEKOLAH TERAKHIR (WAJIB SERAH PADA HARI DAFTAR PELAJAR BAHARU PEMBUKAAN SESI 2025 NANTI, JIKA DITAWARKAN)

    [&NBSP; &NBSP; &NBSP;] 12.&NBSP;SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) / PASPORT IBU DAN BAPA / PENJAGA

    &NBSP; &NBSP;SILA BUAT SEMAKAN DAN TANDAKAN [ &RADIC; ] PADA RUANG YANG DISEDIAKAN

&NBSP;

STEP 3&NBSP;HARI TEMUDUGA

  • SILA HANTAR DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISEBUT DI&NBSP;ATAS PADA BUTIRAN BERIKUT:
    TARIKH&NBSP;TEMUDUGA&NBSP; &NBSP; &NBSP; :&NBSP;SILA RUJUK BUTIRAN YANG TERTERA DALAM SLIP PANGGILAN TEMUDUGA

  • SILA SERAH SLIP PANGGILAN TEMUDUGA & SALINAN DOKUMEN&NBSP;
  • PROSES INI WAJIB DILAKUKAN. JIKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN MAKA PROSES TEMUDUGA TIDAK AKAN DIBENARKAN KEPADA CALON TEMUDUGA WALAUPUN TELAH MENDAFTAR ONLINE
  • BERIKUT ADALAH PIAGAM HARI&NBSP;TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MDQ SESI 2025:


&NBSP;

STEP 4 SEMAKAN&NBSP;TAWARAN
(SILA MUAT TURUN, CETAK & SERAH PADA HARI PENDAFTARAN )

  • SLIP&NBSP;TERIMA TAWARAN&NBSP;KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2025
  • SURAT AKU JANJI (MENGIKUT ALIRAN)
  • BAYARAN YURAN 2024 (MENGIKUT ALIRAN DAN TAHAP)
  • SENARAI KEPERLUAN DAN SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

&NBSP;

STEP 5&NBSP;TEMPOH RAYUAN

  • AMBIL PERHATIAN BAGI PELAJAR TIDAK LULUS TEMUDUGA:
    A) ANDA BOLEH MEMBUAT RAYUAN DENGAN HANYA MENEKAN BUTANG RAYUAN
    B) RAYUAN HANYA DIBUKA ATAS TALIAN SEBAGAIMANA PADA TEMPOH TARIKH&NBSP;TERTERA

&NBSP;

STEP&NBSP;6&NBSP;SEMAKAN RAYUAN

  • KEPUTUSAN DIUMUMKAN MUKTAMAD DAN TIADA LAGI DIBUKA RAYUAN KEDUA SAMADA ONLINE, BERTULIS DAN SEBAGAINYA
  • JIKA STATUS TAWARAN SILA LIHAT ARAHAN BERMULA PADA STEP 4

&NBSP;

STEP&NBSP;7 BAYARAN PENDAFTARAN KEMASUKAN

  • AKAN DIMAKLUM KEMUDIAN


STEP&NBSP;8 PENDAFTARAN KEMASUKAN

  • SILA SERAH SLIP&NBSP;TERIMA TAWARAN&NBSP;& SURAT AKU JANJI
  • PASTIKAN BUAT BAYARAN YURAN DAN MENDAPAT RESIT RASMI&NBSP;MDQ SETELAH MEMBUAT SEBARANG BAYARAN
LAGI
https://my21.awfatech.com/mdq/content/news/newsf1_PDQ002_1725952097.jpg

USAI IHTIFAL IDUL ILMI MDQ KALI KE-33

7 SEPTEMBER 2024

BERLABUH TIRAI IHTIFAL IDUL ILMI KALI KE-33 KALI INI YANG BERLANGSUNG HUJUNG MINGGU LALU, MENGGAMBARKAN SUASANA CERIA DAN KEGEMBIRAAN KEPADA SELURUH PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK 2024.

MAJLIS YANG DIMULAKAN DENGAN PERARAKAN MASUK OLEH PESURUHJAYA PAS NEGERI TERENGGANU (YANG BERHORMAT SENATOR TUAN GURU HAJI HUSIN BIN AWANG), PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH (YANG BERHORMAT DATO' USTAZ HAJI WAN SUKAIRI BIN WAN ABDULLAH) DAN DIIRINGI SELURUH PENTADBIRAN SERTA PARA PENDIDIK MAAHAD DARUL QURAN. ATUCARA DITERUSKAN DENGAN UCAPAN ALUAN DARIPADA PENGETUA YANG BERBAHAGIA USTAZ HAJI ISMAIL OSMAN.

UCAPTAMA YANG DITUNGGUKAN MENJADI GIMIK ACARA UCAPAN DALAM BAHASA ARAB YANG DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH YANG BERHORMAT TAN SRI DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG PRESIDEN PAS YANG JUGA MERANGKAP PENASIHAT KEHORMAT LEMBAGA PENGARAH MAAHAD DARUL QURAN.

ACARA KEMUNCAK IHTIFAL SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA IAITU PENYAMPAIAN ANUGERAH-ANUGERAH AKADEMIK 2024. PENYAMPAIAN ANUGERAH DIMULAKAN BAGI ANUGERAH SIJIL KHATAM 30 JUZUK SERAMAI 20 ORANG PENERIMA, ANUGERAH SYAHADAH TAHFIZ 6 ORANG PENERIMA, SYAHADAH THANAWIYAH 97 ORANG PENERIMA, ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG (MUMTAZ) 2024 18 ORANG PENERIMA.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK AKADEMIK KESELURUHAN DINOBATKAN KEPADA SAUDARI AFIFAH BINTI HAIRONNIZAM YANG MENDAPAT PERATUS TERTINGGI 94.59 PERATUS DALAM IMTIHAN SYAHADAH THANAWIYAH 2024. MANAKALA ANUGERAH UTAMA IDUL ILMI KALI INI, PELAJAR MITHALI 2024 DISANDANG OLEH SAUDARA MUHAMMAD MUAZ BIN NAZIRI BAGI KATEGORI LELAKI DAN SAUDARI ANIS THOYYIBAH BINTI AKMAR BAGI KATEGORI PEREMPUAN.

IHTIFAL IDUL ILMI KALI KE-33 KALI INI MELABUHKAN TIRAI DENGAN ANUGERAH PENUH GEMILANG, KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT, IBU BAPA DAN PENJAGA DISAMPING SUASANA YANG SANGAT CERIA DI DEWAN DATO' TUAN GURU HAJI HARUN BIN TAIB.

-IBNUNATHRAH

LAGI

Page 1 of 1