:
INFO%20


(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN I’DADIAH

  1. Marhalah I’dadiah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.

  2. Marhalah I’dadiah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT RENDAH.

  3. Marhalah I’dadiah merupakan pelajar dari TINGKATAN 1, 2 & 3, atau dalam bahasa arab :

    • Tingkatan 1        = AWAL IDADIAH (الأول الإعدادي)

    • Tingkatan 2        = THANI IDADIAH (الثاني الإعدادي)

    • Tingkatan 3        = THALITH IDADIAH (الثالث الإعدادي)

  4. Sistem pengajian kelas tahap I’dadi adalah diasingkan antara lelaki & perempuan.

  5. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

 

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH I’DADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).

  2. Bagi pemohon untuk Awal I’dadi (Tingkatan 1) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) atau selayak dengannya.

    • Bagi pemohon Murid Darjah 5 & Darjah 6 sesi 2021 dari Madrasah DAR-DAR seliaan di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT sahaja, anda di tawarkan ke tingkatan 1 dengan syarat apabila anda mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian dan WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan. Jika TIDAK HADIR sesi temuduga, pemohon dianggap MENOLAK TAWARAN. (Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik sahaja)

    • Bagi pemohon murid Darjah 6 sesi 2021 dari Sekolah Kebangsaan / lain-lain Institusi pendidikan (sekolah) swasta, anda mestilah mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian dan WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan. Jika TIDAK HADIR sesi temudugapemohon dianggap MENOLAK TAWARAN. (Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik dan menjadi kelayakan samada di tawarkan atau tidak)

  3. Bagi pemohon untuk Thani & Thalith I’dadi (Tingkatan 2 & 3) pemohon mestilah telah berada pembelajaran di tingkatan 1 (bagi pemohon Tingkatan 2) dan pembelajaran di tingkatan 2 (bagi pemohon Tingkatan 3) pada sesi 2021 (dengan umur setara) dan mempunyai pendidikan asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

  4. Lulus sesi temuduga (bagi selain dari lepasan murid Madrasah DAR-DAR) yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap penghujung tahun.

  5. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.

  6. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

 

(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU 2022

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)

  2. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)

  3. Salinan Keputusan UPKK & Peperiksaan Terakhir 2021 (Pemohon Tingkatan 1 sahaja) -jika ada & berkaitan)

  4. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkahir Tahun 2021, SRA, PT3 & SMA (yang berkaitan sahaja) -jika ada

  5. Salinan lain-lain Keputusan Peperiksaan (jika selain peperiksaan yang tertera di atas)

  6. Surat Pengesahan Sebagai Pelajar dari istitusi pendidikan sekarang (sekolah sekarang)
     >>   Dikeluarkan oleh pihak Institusi Pendidikan / Sekolah
     >>   Tertera Maklumat Pemohon seperti berikut: Nama, No. MyKad, Tahap, Kelas, ulasan pengesahan & cop pengesahan sekolah
  7. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB ADA -boleh serah pada Hari Daftar Pelajar Baharu Pembukaan Sesi 2022 nanti, jika ditawarkan)

  8. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 

MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):

  1. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI BAWAH)
  2. SILA PILIH SEKOLAH >> IDADIYAH <<
  3. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  4. KLIK BUTANG SEMAKAN
  5. KLIK BUTANG DAFTAR SINI

 

 

 

MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI:

  1. HANYA BOLEH KEMASKINI SELAGI MANA TARIKH TUTUP BELUM BERAKHIR & MASIH BERSTATUS >> PERMOHONAN BAHARU <<
  2. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI ATAS)
  3. SILA PILIH SEKOLAH >> IDADIYAH <<
  4. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  5. KLIK BUTANG SEMAKAN
  6. KLIK PADA PERKATAAN >> KEMASKINI PROFIL <<