:
MAKLUMAT


(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN TAHFIZ WADDIRASAT ISLAMIAH

  1. Marhalah Tahfiz Waddirasat merupakan tahap pendidikan Qiraat, Hafazan serta mendalami Ilmu 30 juzuk Al Quran, Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademil secara khusus.

  2. Marhalah Tahfiz WadDirasat ini merupakan aliran khas yang ditubuhkan pada tahun 2009

  3. Sistem pengajian kelas tahap Tahfiz WadDirasat adalah diasingkan antara lelaki & perempuan (bermula sesi pengajian 2011)

  4. Semua tahap pelajar Tahfiz WadDirasat juga diasingkan dari sudut penempatan bilik asrama & kelas yang khusus

  5. Sistem kurikulum dan waktu pengajian kelas juga berbeza

  6. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

  7. Semua lepasan murid dari DAR (Sekolah selia di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT), SK (Sekolah Kebangsaan arus perdana) & mana-mana sekolah swasta WAJIB mengikuti proses TEMUDUGA.

 

 

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT ISLAMIAH SESI 2026 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).

  2. Pemohon WAJIB khatam bacaan 30 JUZUK Al-Quran (dengan lancar bacaan, tartil, tajwid serta makhraj huruf)
    >>> KEJUJURAN DARIPADA PEMOHON, IBUBAPA / PENJAGA (MEREKA YANG ISI BORANG PERMOHONAN AMAT DIALU-ALUKAN <<<

  3. Pengambilan pelajar baharu untuk Aliran Tahfiz ini hanya dibuka untuk tingkatan 1, 2 & 3 sahaja
    > Tingkatan 1 = Tahfiz 1 (Awal Tahfiz)
    > Tingkatan 2 = Tahfiz 2 (Thani Tahfiz)
    > Tingkatan 3 = Tahfiz 3 (Thalith Tahfiz)

  4. Boleh membaca & menulis Al Quran serta jawi dengan lancar, jelas & betul.

    ----------------------------------------------------------------

  5. AWAL TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 1):

      PEMOHON DARI MADRASAH DAR-DAR  

    > Terbuka hanya kepada Murid Darjah 5 dan 6 pada sesi 2026 dari Madrasah DAR-DAR seliaan di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT,

    > Semua pemohon dari murid Darjah 5 sesi 2026 mestilah (Calon UPSRI 2026 & mempunyai keputusan sekurang-kurangnya 3A dalam Percubaan UPSRI-2026) dan adalah WAJIB “LULUS” bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Al-Quran
    > Semua pemohon dari murid Darjah 6 sesi 2026 mestilah (mempunyai keputusan sekurang-kuranya 3A dalam UPSRI-2025) dan adalah WAJIB “LULUS” bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Al-Quran

      PEMOHON SELAIN MADRASAH DAR-DAR  

    > Terbuka hanya kepada semua Murid Darjah 6 Sekolah Kebangsaan / Swasta sesi 2026 mestilah (mempunyai keputusan sekurang-kurang 4A UPKK-JAKIM 2025 dengan WAJIB “LULUS” pada 2 bidang pengajian iaitu Al-Quran dan Asas Lughah Al-Quran)

    ----------------------------------------------------------------

  6. THANI TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 2)

    > Pemohon mestilah seorang pelajar dari (Tingkatan 1) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak umur dengannya pada sesi pembelajaran 2026
    > Pemohon TELAH MENGHAFAZ 10 JUZUK AL-QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya (tingkatan 1 sesi 2026 sahaja).

    ----------------------------------------------------------------

  7. THALITH TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 3)

    > Pemohon mestilah seorang pelajar dari (Tingkatan 2) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak umur dengannya pada sesi pembelajaran 2026
    > Pemohon TELAH MENGHAFAZ 15 JUZUK AL-QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya  (tingkatan 2 sesi 2026 sahaja).

    ----------------------------------------------------------------


  8.   PERINGATAN MESRA !  

    > Bermula pengambilan tahun ini (2027) Jabatan Tahfiz melalalui Jabatan Pendaftaran Pelajar (Pentadbiran MDQ) telah memutuskan kepada semua calon tahfiz yang layak diterima permohonan, WAJIB melalui proses UJIAN SARINGAN TILAWAH (Pra Kelayakan Temuduga) terlebih dahulu pada tarikh yang ditetapkan dalam jadual pengambilan pelajar baharu tahun 2027 seperti tertera di laman web.

    > Proses Ujian Saringan Tilawah ini adalah untuk menentukan kelayakan Temuduga bagi Aliran Tahfiz

    > Bagi calon yang gagal Ujian Saringan Tilawah ini, anda tidak layak untuk memasuki proses TEMUDUGA ALIRAN TAHFIZ, akan tetapi anda akan ditukarkan kelayakan permohonan hanya kepada TEMUDUGA ALIRAN IDADIYAH sahaja


  9. PENETAPAN PELAJAR TAHFIZ MENGIKUT TAHAP KEDUDUKAN KELAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENILAIAN YANG DISELIA OLEH JABATAN TAHFIZ WAD DIRASAT ISLAMIAH

  10. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap sesi pengambilan.

  11. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

 

 

(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU SESI 2027
      (serah semasa hari temuduga di kaunter pendaftaran)

  1. Slip Panggilan Temuduga

  2. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)

  3. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)

  4. Salinan Sijil Khatam Bacaan 30 Juzuk Al-Quran (pilihan)
  5. Salinan Keputusan UPSRI 2025 (bagi murid darjah 6 Madrasah DAR sesi 2026)

  6. Salinan keputusan Percubaan UPSRI 2026 (bagi murid darjah 5 Madrasah DAR sesi 2026)

  7. Salinan Keputusan UPKK 2025 (bagi murid darjah 6 sesi 2026 sahaja)

  8. Salinan Laporan Pentaksiran Murid (Pemohon Tingkatan 1 sahaja) (pilihan)

  9. Salinan Laporan Penilaian dan Pentaksiran Murid / Pelajar Tahun sesi 2026, (pilihan)

  10. Salinan lain-lain Keputusan Peperiksaan terakhir sesi 2026 (pilihan)

  11. Surat Pengesahan sebagai Murid / Pelajar dari institusi pendidikan sekarang sesi 2026 (sekolah sekarang)

    • Dikeluarkan oleh pihak Institusi Pendidikan/ Sekolah
    • Tertera Maklumat Pemohon seperti berikut: Nama, No. MyKad, Tahap, Kelas, Rekod Akhlak / Syaksiyah serta ulasan pengesahan & cop pengesahan sekolah

  12. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 

MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):

  1. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI BAWAH)
  2. SILA PILIH SEKOLAH >> TAHFIZ <<
  3. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  4. KLIK BUTANG SEMAKAN
  5. KLIK BUTANG DAFTAR SINI
     

MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI:

  1. HANYA BOLEH KEMASKINI SELAGI MANA TARIKH TUTUP BELUM BERAKHIR & MASIH BERSTATUS >> PERMOHONAN BAHARU <<
  2. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI ATAS)
  3. SILA PILIH SEKOLAH >> TAHFIZ <<
  4. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  5. KLIK BUTANG SEMAKAN
  6. KLIK PADA PERKATAAN >> KEMASKINI PROFIL <<

 

 

NOTA;
Semua ibu bapa & penjaga calon yang memohon aliran Tahfiz dikehendaki menyertai kumpulan aplikasi WhatsApp dengan KLIK DI SINI untuk mendapat maklumat dan arahan selanjutnya