
1 Ogos 2026
Jabatan Pendaftaran Pelajar, Maahad Darul Quran Masjid Rusila, hari ini menyatakan proses permohonan pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2027 dibuka mulai tarikh (1 Ogos 2026) sehingga tarikh akhir pada 15 Oktober 2026, (sumber Pendaftar MDQ).
Sesiapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun (2026), layak memohon untuk kemasukan tingkatan 1 sesi 2027 mulai sekarang. Bagi yang ingin memohon kemasukan pelajar baharu tahun 2027 untuk lain-lain tingkatan (tertakluk pada syarat) juga boleh dilakukan pada tempoh tarikh yang diiklankan.
Pengambilan Pelajar Baharu tahun 2027, seperti pengambilan tahun lalu, hanya kepada permohonan kemasukan tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja dibuka.
Terima kasih kepada semua kerana memilih MDQ sebagai medium pendidikan anak-anak demi masa depan Islam dan ummah. Sebarang maklumat lanjut boleh lihat maklumat di bawah.
---------------------------------------------------------------------
>>>Pemohon hanya boleh memilih SATU ALIRAN SAHAJA<<<
elakkan permohonan anda diTOLAK
BERIKUT PENGETAHUAN RINGKAS UNTUK PEMOHON PELAJAR BAHARU SESI 2027 TENTANG ALIRAN:
1. ALIRAN IDADIAH DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SESI 2027 (UMUR SELAYAKNYA)
>> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
>> KURIKULUM PENGAJIAN AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH
2. ALIRAN TAHFIZ DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SAHAJA SESI 2027 (UMUR SELAYAKNYA)
>> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
>> KURIKULUM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN, AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH