1 Ogos 2025
Jabatan Pendaftaran Pelajar dan ICT, Maahad Darul Quran Masjid Rusila, hari ini menyatakan proses pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2026 akan dibuka bermula boleh dipohon mulai hari ini (17 Ogos 2025) sehingga tarikh akhir pada 12 November 2025, (sumber Pendaftar MDQ).
Sesiapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun (2025), layak memohon untuk kemasukan tingkatan 1 sesi 2026 mulai sekarang. Bagi yang ingin memohon kemasukan pelajar baharu sesi 2026 untuk lain-lain tingkatan (tertakluk pada syarat) juga boleh dilakukan pada tempoh tarikh yang diiklankan.
Sesi 2026, seperti pengambilan pelajar baharu tahun lalu, aliran Thanawiyah juga tidak dibuka.
Terima kasih kepada semua kerana memilih MDQ sebagai medium pendidikan anak-anak demi masa depan Islam dan ummah. Sebarang maklumat lanjut boleh lihat maklumat di bawah.
---------------------------------------------------------------------
>>>Pemohon hanya boleh memilih SATU ALIRAN SAHAJA<<<
elakkan permohonan anda diTOLAK
BERIKUT PENGETAHUAN RINGKAS UNTUK PEMOHON PELAJAR BAHARU SESI 2026 TENTANG ALIRAN:
1. ALIRAN IDADIAH DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SESI 2026 (UMUR SELAYAKNYA)
>> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
>> KURIKULUM PENGAJIAN AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH
2. ALIRAN TAHFIZ DIBUKA BAGI PEMOHON TINGKATAN 1, 2 & 3 SAHAJA SESI 2026 (UMUR SELAYAKNYA)
>> PENGAJIAN MENENGAH RENDAH
>> KURIKULUM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN, AKADEMIK & DIRASAT ISLAMIAH