:
MAKLUMAT


(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN IDADIYAH

1. Marhalah Idadiyah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.

2. Marhalah Idadiyah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT RENDAH.

3. Marhalah Idadiyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 1, 2 & 3, atau dalam bahasa arab :

  • Tingkatan 1 = AWAL IDADI (الأول الإعدادي)
  • Tingkatan 2 = THANI IDADI (الثاني الإعدادي)
  • Tingkatan 3 = THALITH IDADI (الثالث الإعدادي)


4. Sistem pengajian kelas tahap Idadiyah adalah diasingkan antara lelaki & perempuan.

5. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

 

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH IDADIYAH SESI 2025 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).

2. Bagi pemohon untuk AWAL IDADI (Tingkatan 1):

    i.     PEMOHON DARI MADRASAH DAR-DAR   : bagi pemohon Murid Darjah 5 & Darjah 6 sesi 2024-2025 dari Madrasah DAR-DAR seliaan di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT sahaja,
       (a) Mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian sahaja.
       (b) WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan.
       (c) Jika TIDAK HADIR sesi temuduga, pemohon dianggap MENOLAK TAWARAN.
       (d) Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik dan penentuan kedudukan kelas
       (e) Anda ditawarkan terus ke tingkatan 1 dengan memenuhi syarat WAJIB seperti berikut:
            > Pemohon WAJIB LULUS dalam Ujian Al-Quran yang diadakan semasa sesi temuduga.

    ii.    PEMOHON SELAIN MADRASAH DAR-DAR   Bagi pemohon Murid Darjah 6 sesi 2024-2025 dari Sekolah Kebangsaan / lain-lain Institusi pendidikan (sekolah) swasta,
       (a) Anda mestilah mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian sahaja
       (b) WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan.
       (c) Jika TIDAK HADIR sesi temuduga, pemohon dianggap MENOLAK TAWARAN.
       (d) Syarat umur mestilah berusia 12 tahun pada tahun 2024
       (e) Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik dan menjadi kelayakan samada di tawarkan atau tidak

3. Bagi pemohon untuk THANI IDADI (Tingkatan 2):

  1. Pemohon mestilah telah berada pembelajaran di tingkatan 1 (bagi pemohon Tingkatan 2) pada sesi pembelajaran 2024-2025
  2. Berumur setara dengan tingkatan (tidak boleh lebih atau kurang)
  3. WAJIB mempunyai taraf pendidikan dan pengajian dalam bentuk formal bagi mata pelajaran asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

4. Bagi pemohon untuk THALITH IDADI (Tingkatan 3):

  1. Pemohon mestilah telah berada Pembelajaran di tingkatan 2 (bagi pemohon Tingkatan 3) pada sesi pembelajaran 2024-2025
  2. Berumur setara dengan tingkatan (tidak boleh lebih atau kurang)
  3. WAJIB mempunyai taraf pendidikan dan pengajian dalam bentuk formal bagi mata pelajaran asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

5. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.

6. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

 

(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU SESI 2025 

  1. Slip Panggilan Temuduga

  2. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)

  3. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)

  4. Salinan Keputusan UPSRI 2023 (bagi murid darjah 6 Madrasah DAR sesi 2024-2025)

  5. Salinan keputusan Percubaan UPSRI 2024 (bagi murid darjah 5 Madrasah DAR sesi 2024-2025)

  6. Salinan Keputusan UPKK 2023 (bagi murid darjah 6 sesi 2024-2025 sahaja)

  7. Salinan Laporan Pentaksiran Murid (Pemohon Tingkatan 1 sahaja) -jika ada & berkaitan)

  8. Salinan Laporan Penilaian dan Pentaksiran Murid / Pelajar Tahun sesi 2024-2025, (jika ada)

  9. Salinan lain-lain Keputusan Peperiksaan terakhir sesi 2024- 2025 (jika ada)

  10. Surat Pengesahan sebagai Murid / Pelajar dari institusi pendidikan sekarang sesi 2024-2025(sekolah sekarang) Dikeluarkan oleh pihak Institusi Pendidikan/ Sekolah Tertera Maklumat Pemohon seperti berikut: Nama, No. MyKad, Tahap, kelas, ulasan pengesahan & cop pengesahan sekolah

  11. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB serah pada Hari Daftar Pelajar Baharu Pembukaan Sesi 2025 nanti, jika ditawarkan)

  12. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 

MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):

  1. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI BAWAH)
  2. SILA PILIH SEKOLAH >> IDADIYAH <<
  3. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  4. KLIK BUTANG SEMAKAN
  5. KLIK BUTANG DAFTAR SINI

 

MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI:

  1. HANYA BOLEH KEMASKINI SELAGI MANA TARIKH TUTUP BELUM BERAKHIR & MASIH BERSTATUS >> PERMOHONAN BAHARU <<
  2. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI ATAS)
  3. SILA PILIH SEKOLAH >> IDADIYAH <<
  4. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  5. KLIK BUTANG SEMAKAN
  6. KLIK PADA PERKATAAN >> KEMASKINI PROFIL <<