:
INFO DAN SYARAT KEMASUKAN KE ALIRAN TAHFIZ DAN DIRASAT ISLAMIAH 2023


(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN TAHFIZ WADDIRASAT ISLAMIAH

  1. Marhalah Tahfiz Waddirasat merupakan tahap pendidikan Qiraat, Hafazan serta mendalami Ilmu 30 juzuk Al Quran, Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademil secara khusus.

  2. Marhalah Tahfiz WadDirasat ini merupakan aliran khas yang ditubuhkan pada tahun 2009

  3. Sistem pengajian kelas tahap Tahfiz WadDirasat adalah diasingkan antara lelaki & perempuan (bermula sesi pengajian 2011)

  4. Semua tahap pelajar Tahfiz WadDirasat juga diasingkan dari sudut penempatan bilik asrama & kelas yang khusus

  5. Sistem kurikulum dan waktu pengajian kelas juga berbeza

  6. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

  7. Semua lepasan murid dari DAR (Sekolah selia di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT), SK (Sekolah Kebangsaan arus perdana) & mana-mana sekolah swasta WAJIB mengikuti proses TEMUDUGA.

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT ISLAMIAH SESI 2022 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).

  2. Pemohon WAJIB khatam bacaan 30 JUZUK Al-Quran (dengan lancar bacaan, tartil, tajwid serta makhraj huruf)

  3. Pengambilan pelajar baharu untuk Aliran Tahfiz ini hanya dibuka untuk tingkatan 1, 2 & 3 sahaja
    > Tingkatan 1 = Tahfiz 1 (Awal Tahfiz)
    > Tingkatan 2 = Tahfiz 2 (Thani Tahfiz)
    > Tingkatan 3 = Tahfiz 3 (Thalith Tahfiz)

  4. Boleh membaca & menulis Al Quran serta jawi dengan lancar, jelas & betul.

  5. AWAL TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 1):
    > Semua pemohon dari murid Darjah 5 & 6 sesi 2022 Madrasah DAR-DAR seliaan di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT, murid Darjah 6 Sekolah Kebangsaan sesi 2022 dan murid Darjah 6 sesi 2021 lain-lain institusi (sekolah) swasta mestilah memenuhi syarat nombor 1 hingga 2, nombor 3 hanya Tingkatan 1 dan nombor 4 serta mempunyai daya kekuatan menghafaz yang baik.

  6. THANI TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 2) Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 1) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 10 JUZUK AL-QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

  7. THALITH TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 3) Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 2) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 15 JUZUK AL-QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

  8. PENETAPAN PELAJAR TAHFIZ MENGIKUT TAHAP KEDUDUKAN KELAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENILAIAN YANG DISELIA OLEH JABATAN TAHFIZ WAD DIRASAT ISLAMIAH

  9. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap sesi pengambilan.

  10. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

 

(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU 2022

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)
  2. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)
  3. Salinan Keputusan UPKK & Laporan Pentaksiran Murid 2022 (Pemohon Tingkatan 1 sahaja) -jika ada & berkaitan)
  4. Salinan Laporan Penilaian dan Pentaksiran Murid/Pelajar Tahun 2022, (jika ada)
  5. Salinan lain-lain Keputusan Peperiksaan (jika ada)
  6. Surat Pengesahan Sebagai Pelajar dari institusi pendidikan sekarang (sekolah sekarang)
    >Dikeluarkan oleh pihak Institusi Pendidikan/ Sekolah
    > Tertera Maklumat Pemohon seperti berikut: Nama, No. MyKad, Tahap, Kelas, ulasan pengesahan & cop pengesahan sekolah
  7. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB ADA -boleh serah pada Hari Daftar Pelajar Baharu Pembukaan Sesi 2023 nanti, jika ditawarkan)
  8. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):

  1. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI BAWAH)
  2. SILA PILIH SEKOLAH >> TAHFIZ <<
  3. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  4. KLIK BUTANG SEMAKAN
  5. KLIK BUTANG DAFTAR SINI

MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI:

  1. HANYA BOLEH KEMASKINI SELAGI MANA TARIKH TUTUP BELUM BERAKHIR & MASIH BERSTATUS >> PERMOHONAN BAHARU <<
  2. KLIK BUTANG ISI BORANG PERMOHONAN (DI ATAS)
  3. SILA PILIH SEKOLAH >> TAHFIZ <<
  4. MASUKKAN NOMBOR MYKID / MYKAD PEMOHON
  5. KLIK BUTANG SEMAKAN
  6. KLIK PADA PERKATAAN >> KEMASKINI PROFIL <<