(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN THANAWIYAH
1. Marhalah Thanawiyah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.
2. Marhalah Thanawiyah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT TINGGI.
3. Marhalah Thanawiyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 4, 5, 6 & 6 atas, atau dalam bahasa arab :
4. Sebagaimana kelas aliran I’dadiah, kelas aliran Thanawiyah juga diasingkan antara lelaki & perempuan.
5. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara atas talian (online) sahaja di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).
(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH THANAWIYAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).
2. Pengambilan pelajar baharu hanya untuk Aliran Thanawiyah ini hanya dibuka untuk tingkatan 4 & 5 sahaja.
3. Kelayakan hanya bagi pelajar yang telah mempunyai atau mengikuti setaraf pengajian pendidikan Agama Islam dalam bahasa pengantar Bahasa Arab setiap tahap permohonan sahaja.
4. Bagi Awal Thanawi (Tingkatan 4) pemohon mestilah sudah menduduki pengajian Tingkatan 3, atau selayak dengannya pada sesi pembelajaran tahun 2022.
5. Bagi Thani Thanawi (Tingkatan 5) pemohon mestilah sudah menduduki pengajian Tingkatan 4, atau selayak dengannya pada sesi pembelajaran tahun 2022.
6. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap penghujung tahun.
7. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.
8. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran
(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU 2023
MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):
MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI: