(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN IDADIYAH
1. Marhalah Idadiyah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.
2. Marhalah Idadiyah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT RENDAH.
3. Marhalah Idadiyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 1, 2 & 3, atau dalam bahasa arab :
4. Sistem pengajian kelas tahap Idadiyah adalah diasingkan antara lelaki & perempuan.
5. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).
(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH IDADIYAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).
2. Bagi pemohon untuk AWAL IDADI (Tingkatan 1):
i. Bagi pemohon Murid Darjah 5 & Darjah 6 sesi 2022 dari Madrasah DAR-DAR seliaan di bawah Jabatan Tarbiyyah DUPNT sahaja,
(a) Mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian sahaja.
(b) WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan.
(c) Jika TIDAK HADIR sesi temuduga, pemohon dianggap MENOLAK TAWARAN.
(d) Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik dan penentuan kedudukan kelas
(e) Anda ditawarkan terus ke tingkatan 1 dengan memenuhi syarat WAJIB seperti berikut:
> Pemohon WAJIB LULUS dalam Ujian Al-Quran yang diadakan semasa sesi temuduga.
ii. Bagi pemohon Murid Darjah 6 sesi 2022 dari Sekolah Kebangsaan / lain-lain Institusi pendidikan (sekolah) swasta,
(a) Anda mestilah mengisi BORANG PENDAFTARAN atas talian sahaja
(b) WAJIB menjalani proses temuduga yang di tetapkan.
(c) Jika TIDAK HADIR sesi temuduga, pemohon dianggap MENOLAK TAWARAN.
(d) Syarat umur mestilah berusia 12 tahun pada tahun 2022
(e) Sesi Temuduga diadakan bagi melihat tahap pencapaian akademik dan menjadi kelayakan samada di tawarkan atau tidak
3. Bagi pemohon untuk THANI & THALITH IDADI (Tingkatan 2 & 3):
i. Pemohon mestilah telah berada pembelajaran di tingkatan 1 (bagi pemohon Tingkatan 2) pada sesi pembelajaran 2022
ii. Pemohon mestilah telah berada Pembelajaran di tingkatan 2 (bagi pemohon Tingkatan 3) pada sesi pembelajaran 2022
iii. Berumur setara dengan tingkatan (tidak boleh lebih atau kurang)
iv. WAJIB mempunyai taraf pendidikan dan pengajian dalam bentuk formal bagi mata pelajaran asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.
4. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.
5. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.
(c) DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN OLEH PELAJAR BAHARU 2023
MEMO 1: CARA ISI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE):
MEMO 2: CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM BORANG YANG TELAH DIISI: