Utama > INFO

25-Sep-2018

(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN I’DADIAH

  1. Marhalah I’dadiah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.
  1. Marhalah I’dadiah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT RENDAH.
  1. Di MDQ Marhalah I’dadiah merupakan pelajar dari TINGKATAN 1, 2 & 3, atau dalam bahasa arab (AWAL I’DADI, THANI I’DADI, THALITH I’DADI).
  1. Sistem pengajian kelas tahap I’dadi adalah diasingkan antara lelaki & perempuan.
  1. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH I’DADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).
  1. Bagi Awal I’dadi (Tingkatan 1) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) atau selayak dengannya.
  1. Bagi Thani & Thalith I’dadi (Tingkatan 2 & 3) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) atau selayak dengannya dan telah mempunyai pendidikan asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.
  1. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baru MDQ setiap penghujung tahun.
  1. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.
  1. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

(C) SALINAN DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)
  2. Salinan Kad Pengenalan MyCard / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)
  3. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR tahun semasa (bagi permohonan tingkatan 1 sahaja)
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan (UPKK, UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA) yang berkaitan
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan terakhir (selain UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA)
  6. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB ADA)
  7. Salinan Kad Pengenalan (MyCard) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 

 
U/P - SILA KLIK PENDAFTARAN PELAJAR (PADA PAPARAN SETERUSNYA UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN)