Utama > INFO

25-Sep-2018

(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN TAHFIZ WADDIRASAT

  1. Marhalah Tahfiz Waddirasat merupakan tahap pendidikan Qiraat, Hafazan serta mendalami Ilmu 30 juzuk Al Quran, Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademil secara khusus.
  1. Marhalah Tahfiz WadDirasat ini merupakan aliran khas yang ditubuhkan pada tahun 2009
  1. Sistem pengajian kelas tahap Tahfiz WadDirasat adalah diasingkan antara lelaki & perempuan (bermula sesi pengajian 2011)
  1. Semua tahap pelajar Tahfiz WadDirasat juga diasingkan dari sudut penempatan bilik asrama & kelas yang khusus
  1. Sistem waktu pengajian kelas juga berbeza
  1. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).
  1. Semua lepasan murid dari DAR (Sekolah selia di bawah Jabatan Tarbiyyah BPPNT), SK (Sekolah Kebangsaan arus perdana) & mana-mana sekolah swasta WAJIB mengikuti proses TEMUDUGA.

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).
  2. Pemohon WAJIB khatam bacaan 30 JUZUK Al-Quran
  3. Pengambilan pelajar baharu hanya untuk Aliran Tahfiz ini hanya dibuka untuk tingkatan 1, 2 & 3 sahaja.
      ~ Tingkatan 1 = Tahfiz 1 (Awal Tahfiz)
      ~ Tingkatan 2 = Tahfiz 2 (Thani Tahfiz)
      ~ Tingkatan 3 = Tahfiz 3 (Thalith Tahfiz)
  4. Boleh membaca & menulis Al Quran serta jawi dengan lancar, jelas & betul.
  5. Bagi pemohon lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR-tahun semasa) syarat layak mengisi BORANG PENDAFTARAN mestilah mendapat sekurang-kurangnya 3A Cemerlang ke atas dalam Percubaan UPSR(syarat baharu untuk sesi 2020) atau UPSR sebenar dan mempunyai daya kekuatan menghafaz yang baik.  
  6. Bagi pemohon lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) hanya selia di bawah Jabatan Tarbiyyah BPPNT sahaja, syarat layak mengisi BORANG PENDAFTARAN mestilah mendapat sekurang-kurangnya 5A Cemerlang ke atas dan mempunyai daya kekuatan menghafaz yang baik.
  7. Bagi AWAL TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 1) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat keputusan sekurang-kurang 3A Cemerlang dalam Percubaan UPSR atau UPSR sebenar tahun semasa atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) dan mendapat keputusan 5A Cemerlang, atau selayak dengannya.
  8. Bagi pemohon SELAIN Awal Tahfiz Waddirasat (Tingkatan 1) sila ikuti syarat tambahan berikut: (hanya dibuka untuk pengambilan tingkatan 2 & 3 sahaja)
  1. THANI TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 2)Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 1) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 10 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.
  2. THALITH TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 3)Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 2) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 15 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

PENETAPAN PELAJAR TAHFIZ TERTAKLUK MENGIKUT TAHAP KEDUDUKAN KELAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENILAIAN YANG DISELIA OLEH JABATAN TAHFIZ WAD DIRASAT ISLAMIAH

  1. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap sesi pengambilan.
  1. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) atau menghafaz 30 juzuk Al Quran.

(C) SALINAN DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)
  2. Salinan Kad Pengenalan MyCard / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)
  3. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR tahun semasa (bagi permohonan tingkatan 1 sahaja)
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan (UPKK, UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA) yang berkaitan
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan terakhir (selain UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA)
  6. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB ADA)
  7. Salinan Kad Pengenalan (MyCard) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 


U/P - SILA KLIK PENDAFTARAN PELAJAR (PADA PAPARAN SETERUSNYA UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN)