Utama > INFO

25-Sep-2018

(A) MAKLUMAT RINGKAS ALIRAN THANAWIAH

  1. Marhalah Thanawiah merupakan tahap pendidikan Ilmu Pengajian Agama Islam & Pengajian Ilmu Akademik secara khusus.
  1. Marhalah Thanawiah merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT TINGGI.
  1. Di MDQ Marhalah Thanawiyyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 4, 5, 6 & 6 atas, atau dalam bahasa arab (AWAL THANAWI, THANI THANAWI, THALITH THANAWI & RABI’ THANAWI).
  1. Sebagaimana kelas tahap I’dadi, kelas tahap thanawi juga diasingkan antara lelaki & perempuan.
  1. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.maahaddarulquran.edu.my (pada tempoh permohonan dibuka setiap tahun).

(B) SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH THANAWIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ).
  2. Pengambilan pelajar baharu hanya untuk Aliran Thanawiah ini hanya dibuka untuk tingkatan 4 & 5 sahaja.
      ~ Tingkatan 4 = Thanawiyah 1 (Awal Thanawi)
      ~ Tingkatan 5 = Thanawiyah 2 (Thani Thanawi)
  3. Kelayakan hanya bagi pelajar yang telah mempunyai atau mengikuti setaraf pengajian pendidikan Agama Islam dalam bahasa pengantar Bahasa Arab setiap tahap permohonan sahaja.
  1. Bagi Awal & Thani Thanawi (Tingkatan 4 & 5) pemohon mestilah sudah menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil Rendah Agama (SRA) atau Syahadah I’dadiah (Tingkatan 3) atau selayak dengannya.
  1. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baru MDQ setiap penghujung tahun.
  1. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul.
  1. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran

(C) SALINAN DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA & DISERAHKAN

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon (Pelajar Baharu)
  2. Salinan Kad Pengenalan MyCard / MyKid Pemohon (Pelajar Baharu)
  3. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR tahun semasa (bagi permohonan tingkatan 1 sahaja)
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan (UPKK, UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA) yang berkaitan
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan terakhir (selain UPSR, UPSRI, PT3, SPM, SMA)
  6. Salinan Surat / Sijil Berhenti sekolah terakhir (WAJIB ADA)
  7. Salinan Kad Pengenalan (MyCard) / Pasport Ibu dan Bapa / Penjaga

 


U/P - SILA KLIK PENDAFTARAN PELAJAR (PADA PAPARAN SETERUSNYA UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN)